Lawatan ke UAE

 Lawatan ke negara UAE merupakan lawatan kedua selepas Kerala India. Kami sampai di airport Dunai pada pagi 9hb.Mac 2010 jam 0.20 pagi dengan dengan penerbangan air India express.Tak sangka ada penerbangan tambang murah antara India ke UAE.

9/3 Sampai Airport lepat dan tidor ayam sementra menunggu hari siang. Lepas solat Isak dan melayari internet terus lena. Bangun pagi aku dan isteri solat suboh dan membeli tiket penerbangan ke Anman dan tiket pulang dari Damaskus ke Dubai. Fly Dubaijuga murah tiket nya. Ke Deira puasat bandar pelabuhan untukcari hotel. Rata-rata hotel mahal di Dunai paling murah RM250 dirham semalam. Tiada pilehan hotel Mirage pilehan kami.

11.00 pagi lepas mandi kami ke Dubai Old Souk tempat membeli belah harga murah dan ini merupakan kali kedua kami sampai di sini kerana sebelum ini kami pernah sampai sebelum umrah bulan  puasa kami singgah di sini.

1.00 Tengah hari dengan teksi kami menuju ke ekspo Bunga dan Langskap kerana ini tujuan utama kami datang dan singgah ke UAE. " Malaysia! Malaysia! tergaman kami di sergah oleh mereka yang kami tak kenal apabila turun dari teksi. Alhamdulilah rupa nya ada orang Malaysia kesini.Mereka terdiri dari Pegawai Perdangangan dan Pegawai dari Bernama yang bertugas di Asia Barat. Ramah Mesra dan Ceria itu lah gambaran kami terhadap wakil Malaysia ini. Syabas Pegawai Malaysia saudara cukup layak sebagai wakil kami.Kami juga di jemput melawat sekitar eskpo dan di pelawa untuk bersama dengan atace perniagaan dari negara Jordan di sebelah malam esok nya. Kami tak lepas perluang terbaik.

 
    Jeti Deira ke Dubai Old Souk          Petang Di Dubai Old Souk         Pengangkutan Air Tambang 1D

7.30  malam keluar tengok limpahan cahaya sepanjang sungai dan keindahan malam didubai. Selepas minum air buah kami menyusur sungai dengan motor sungai dan melihat kawasan beli belah. Ramai pelancong dari timor mahupun dari barat.Pulang hotel jam 11 malam

 
      Makan Pagi di Stesen Bas          Taklimat Di Muzium Al Ain            Pasar Kambing Di Al Ain
 

10/3 Jam 7.30pg kami ke stesen bas utama di Dubai Old Souk untuk ke sempadan Oman iaitu bandar Al Ain. Selepas sarapan tepi jalan dengan tambang bas 20 dirham sekitar RM20 Malaysia seorang kami menuju ke Al Ain dengan bas Al Ghazal.Kami sampai Al Ain 11 pg.Ambil teksi terus ke pasar Unta dan ternakan. Pasar nya cantik cangih. Banyak unta dan kambing serta kibas dijual disini. Kebanyakkan unta datang dari Oman kerana ianya tak jauh dengan sempadan. Ada bandar terdekat iaitu Buyamin Oman. Dari situ kami ke Muzium Al Ain melihat sejarah kerajaan UAE.


    Gerai Pameran Dubai             Pasar Unta  Al Ain                 Bersama Dato Zul

Petang beli baju untuk majlis makan malam. Lebih kurang 2 jam di majlis selesai kami cepat keluar untuk melihat bangunan tertinggi  di dunia iaitu Al Burj Khalifa dan melihat acara pacutan air di Dubai Mall.Tamat jam 10 pm cantik indah dan menarik.

 
    Pamaeran Negara China            Bas ke Al Ain                  Pameran Bunga Dubai

______________________________________________________________


Majlis Perdangangan Malaysia Jordan


Latarbelakang Bangunan Tertinggi Dunia

 

 

 

 

 

 

   

Serangan Trip
Cili Kulai 910 Berumur 7 minggu

Kategori produk

Peralatan Fertigasi

Peralatan Paip

Peralatan Penyukat

Benih dan Semaian

Baja

Timer

INFO FERTIGASI

JENIS DAN KAWALAN MAKHLUK PEROSAK TANAMAN

JENIS DAN KAWALAN PENYAKIT

PEMASARAN DAN PEMBUNGKUSAN

PENGANGKUTAN