NEGARA TURKEY

 
        Pencuci Kasut di Angkara                 Penjual Bunga di Istambul/ Edirne

22hb Dis 2001 Bazangan / Gubulak / Dogobayazit / Erzurum

Bismillah kami melangkah menyeberang sempadan Iran Turkey setelah berjalan hampir satu kilometer untuk memasuki sempadan Turkey dari Iran.
Jam 8.30 pagi kami sudah berada di sempadan.Udara sunggoh sejuk salji merata-rata.Setelah tukar wang 20US bersamaan LT22,000 kami naik bas mini dari bandar kecilsempadan Gubulak ke bandar Dogoboyazit.

9.30 pagi kami telah sampai di Dogoboyazit askar Turkey merata se panjang jalan sekatan juga dibuat kerana kawasan ini mereka berhadapan dengan pemberotak Kurdistan.Kami menaiki bas dengan tambang 5us seorang kami bertolak ke bandar Erzurum.Memutih salji sepanjang jalan sunggoh sejuk cuaca di bawah paras beku.Jam 5 petang kami sampai di Erzurum sewa hotel Serhat LT12 juta satu malam. Disini jam 6 petang dah masuk waktu isak.Selepas sarapan malam kami ke stesen keretapi untuk dapat tiket ke Ankara.

  
    Jualan Ayam Turkey di tepi Jalan           Keluarga Angkat di Sivas Turkey

23hb Dis 2001 Erzurum / Ankara

Jam 5.00 pagi telah siang selepas solat suboh kami ke stesen keretapi 8.30 pagi untuk dapatkan tiket ke Ankara .Tiket jam 10 pagi tapi dijangka 12 tengah hari keretapi sampai.Berlaku kelewatan 4.00 petang baru keretapi sampai.Kami bertolak selepas solat zohor.Kami sampai di Sivas jam 4.45 pagi 24hb.Dis 2001.Perjalanan kami jangka mengambil masa 25 jam dan jangka sampai Angkara 6.00 malam 25hb.Dis 2001.Solat magrib dan isak atas keretapi.Waktu malam cepat 5.30 malam.Cuaca sepanjang jalan sejuk dan salji suhu antara -01-030C. .

24hb.Dis 2001 Kyseri / Ankara

Pagi cuaca terang walau jam baru 7.00 pagi.Kami masih lagi dalam keretapi menuju Ankara.Kami lalui bandar Kyseri kawasan pertanian tanah baru siap dibajak untuk tanaman gandun.Kawasan luas seluas mata memandang.Salji nampak mulai cair di sini sungai-sungai air nya jerneh.Jam 4.30 petang sudah gelap kami mulai masuk bandar Ankara.Sampai Ankara kami ke bank untuk tukar traveling cek.Kami tukar di Ziharat Bank 50US dan Ak Bank 200 US.Otel Gulpinan pilehan kami dengan sewa 10 juta TL.Keluar makan tengahari sunggoh enak masakan Turkey.

 
     Pasar Buah-Buahan di Sivas                    Stesen Keretapi di Erzurum

25hb.Dis 2001 Angkara / Istambul

 
       Pelabuhan Istambul           Keluarga Angkat di Sivas        Simpang Agri Erzurum

______________________________________________________________
 

 

 

 

   

Serangan Trip
Cili Kulai 910 Berumur 7 minggu

Kategori produk

Peralatan Fertigasi

Peralatan Paip

Peralatan Penyukat

Benih dan Semaian

Baja

Timer

INFO FERTIGASI

JENIS DAN KAWALAN MAKHLUK PEROSAK TANAMAN

JENIS DAN KAWALAN PENYAKIT

PEMASARAN DAN PEMBUNGKUSAN

PENGANGKUTAN

 

 

 

 


Sahabat di Sivas Turkey

a
Berkunjong ke Sahabat Sivas