|
Susur Galur GMP
PENGALAMAN
GM PELADANG
sebuah syarikat
yang telah ditubuhkan
sejak tahun 2001.
Antara objektif GM
PELADANG ialah membangunkan
pertanian
berasaskan
teknologi dengan kaedah tanaman
secara fertigasi, melahirkan
usahawan
tani baru melalui
program latihan yang ditawarkan,
mewujudkan pusat
sentralisasi hasil
keluaran petani
dan juga
menawarkan khidmat
nasihat kepada yang
berminat mahupun
petani yang menghadapi
sebarang masalah
pertanian.
1996
Pengalaman
memanam bermula diawal 1998 dengan sayur daun melalui sistem hidroponik
takung.Jenis tanaman
yang diusahakan ialah sayur kailan,Sawi,pak
choy dan kangkong.Pengeluaran dalam usaha ini
antara
70-100 kg setiap hari.Usaha
ini berjalan
selama 4 tahun
sebelum tanaman
fertigasi dimulakan.
2001
GM PELADANG telah mula
mengusahakan ladang fertigasi komersial dengan menggunakan pemindahan teknologi
dari Jepun & Holand. Pada tahun 2001,
keluasan tanaman mencecah 1 ekar dan
berjaya menghasilkan tanaman berdaun dan berbuah seperti cili, tomato, melon,
rockmelon, timun jepun, dan
sebagainya
2002
Dalam
awal penubuhan
syarikat, hasil
keluaran kami
telah mendapat
pengiktirafan SLAM (Skim
Akreditasi Ladang
Malaysia).
2003
Operasi
syarikat semakin
berkembang. GM PELADANG pada
tahun ini
telah mula bertindak
sebagai syarikat
yang menyelia
beberapa projek-projek
pertanian khususnya
tanaman fertigasi &
hidroponik di seluruh
Terengganu.Selain
itu, GM PELADANG mula
bergerak aktif
dalam memainkan
peranan sebagai
pusat pembekalan
alat-alat dan input-input
pertanian.GM
PELADANG semakin berkembang maju.
Kami
kini menjadi pengeluar hasil tanaman dan ladang komersial kami seluas 2 ekar.
Selain itu, kami telah
menyediakan pusat latihan kepada usahawan baru atau tani baru.
Hasil produk seperti rockmelon telah berjaya memasuki pasaraya besar sekitar
Lembah Klang.
2004
GM PELADANG turut
diberi kepercayaan
untuk berusaha sama
dengan agensi-agensi
kerajaan seperti
Lembaga Pertubuhan Peladang
,Pertubuhan-Pertubuhan
Peladang Kawasan dan
Jabatan Pertanian.
Antara kejayaan syarikat kami,GM
PELADANG telah bertindak
sebagai penasihat
kepada projek
perintis sains
pertanian fokus
fertigasi di sekolah -sekolah
menengah seluruh
Terengganu. Melalui
kelas latihan (kursus jangka pendek) 4 hari, GM PELADANG telah dapat melahirkan
usahawan tani yang baru yang turut melibatkan diri dalam
pertanian kaedah fertigasi.
Selain itu, kami turut menganjurkan kursus sehari dengan Jabatan Pendidikan
Terengganu khusus untuk pengenalan kepada para guru sains pertanian. Projek
terbaru kami pada penghujung tahun ini, kami memberi kursus motivasi
keusahawanan tani kapada anak-anak ahli Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh
negeri Terengganu dengan kerjasama BTN dan LPP yang melibatkan hampir 600 orang
yang masih belajar.
2005
Perkembangan
Projek Fertigasi sepanjang 2005 cukup membanggakan.Jabatan Pertanian Terengganu
telah melibatkan diri merancang dan memajukan
projek
fertigasi
setiap daerah negeri Terengganu.GM
PELADANG telah terlibat secara tidak langsong di empat daerah daripada tujuh
daerah di Terengganu.
GM PLADANG juga terlibat sama
dalam memajukan projek fertigasi dibawah program 100 tahun Jabatan Pertanian
Terengganu.
GM PELADANG juga telah dilantik olih Yayasan DiRaja Sultan Mizan
Terengganu sebagai pemaju,penasihat dan juga pemasar bagi projek fertigasi yang
memdapat pembiayaan YDSM.Sehingga ini pihak YDSM telah meluluskan 8 projek untuk
dibaiyai dibawah program projek fertigasi.GM
PELADANG juga telah diminta oleh SEDC Terengganu untuk membuat taklimat
perkembangan projek fertigasi. Adalah dijangka GM PELADANG akan terlibat
bersama SEDC dalam memajukan fertigasi di Terengganu.
2006
Bagi tahun ini GM PELADANG
telah menggerakan aktiviti baru iaitu Lawatan Agro.Dibawah aktiviti ini GM
Peladang bersedia menganjur lawatan sama ada didalam mahu pun luar negara
lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian.Lawatan
Agro telah di buat untuk SMK Sultan Sulaiman dan juga Pegawai Pelajaran
Terengganu ke Cameron Highlang.Dan pada bulan Ogos, lawatan agro juga telah
dibuat untuk guru-guru sains Terengganu ke Surabaya Indonesia selama 6 hari.GM
PELADANG kini dengan kerjasama
PT Tanindo syarikat pengeluar benih terbesar dari Indonesia telah memberi
kerjasama untuk memasarkan benih keluaran syarikat PT Tanindo bagi semenjung
Malaysia.GM PELADANG juga menjual bahan input
pertanian seperti baja
untuk tanaman
fertigasi khas untuk
tanaman melon,tomato,cili
dan terung yang
disediakan adalah
sangat bermutu.
2007
GM
Peladang telah berkembang seluruh Malaysia,terdapat di setiap negeri usahawan
tani fertigasi dibawah bimbingan GM Peladang;
Bil Negeri
Bil Usahawan
1. Terengganu 188 orang
2. Pahang
4 orang
3. Johor
7 orang
4. Melaka
2 orang
5. Negeri Sembilan 6 orang
6. Selangor 8 orang
7. Perak
15 orang
8. Pulau Pinang 5 orang
9. Kedah
4 orang
10. Perlis
2 orang
11. Kelantan
11 orang
12. Sabah
3 orang
13. Sarawak
2 orang
Jumlah 257 orang
2008
GM
Peladang sebagai pemasar utama rock melon di Terengganu.Mana-mana peserta di
bawah bimbingan GM Peladang dijamin pasarannya.Buah akan diambil dikebun peserta
dan akan dibayar dalam tempoh 3-5 hari kerja.Semua buah akan digred dan
ditentukan kualitinya di Pusat Belian di Padang Negara Kuala Ibai Kuala
Terengganu.
2009
Kegiatan Agro Travel
telah di pertingkatkan dengan penubuhan syarikat baru iaitu GM Peladang Agro
Tours Sdn Bhd dengan penggambilan pengurus baru iaitu Encik Mohamad Hazimin.Bagi
tujuan ini GM Peladang Agro Tours menganjurkan lawatan ke luar negeri dan juga
keluar negara untuk lawatan berkaitan pertanian,perternakan,Industri Kecil
berkaitan pertanian.
|