Masjid Lotlollah Esfaham
  Taman Botoni Shiraz

Masjid Emam Esfaham
 

 

 

 

 

 

 

IRAN
 

 
  Sempadan Iran Turkey         Bandar Tabriz Iran          Gunong Ararat Iran Turkey

         Persepolis Shiraz Iran                 Pelajar Universiti Iran                 Makam Pahlawan Persepolis

18hb.Dis 2001 Kuala Terengganu/ Kuala Lumpur
Bismillah aku memulakan langkah bersama dengan  Mohamad Hazimin anak ketiga terpileh untuk perjalanan kali in kami jangka mengambil masa 29 hari.Kalau perjalanan sebagaimana dirancang kami akan akanke Iran,Turki dan Turkmenistan.Dengan bas dari Kuala Terengganu kami terus ke Kuala Lumpur.Sepanjang jalan mata tak lelap memikirkan kewangan,bahasa,pengangkutan,dan juga tak kurang penting kesihatan. Ini perkara yang perlu diatasi dalam perjalanan. 6.10 pagi kami sampai di Hentian Putra.Sembahyang subor.Kami membuat persiapan terakhir dengan membeli keperluan saperti ubat,seluar, dan lain-lain.Kami ambil bas terus ke nilai dan tukar bas terus ke KLIA.Jam7.30 malam kami bertolak ke Tehran.

19hb.Dis 2001 KualaLumpur/ Tehran Iran
I
ran dahulu nya dikenali dengan nama Parsi atau Persian dan sekarang ini dengan baru Republik Islam Iran. Terletak di bahagian barat asia. Luas Iran 1,648,195 km persegi. Iran sempadan dengan Armenia,Azerbaijan, dan Turkmenistan di bahagian utara. Timur sempadan dengan Afghanistan dan Pakistan. Selantan ialah Telok Parsi,Telok Oman dan Laut Arab. Bahagian barat sempadan dengan Iraq.

kami sampai 12.30 malam dengan Air Iran dari Kuala Lumpur. Rasa bimbang juga datang ke negara Shiah yang kami dengar berbeza fahaman ugama dengan kami  dari kalangan Sunni. Hati berkata kita perlu lihat kemudian baru buat kesimpulannya. Itulah guru sebenar.

Dengan sadikit maklumat kami ke pusat bandar dengan teksi dengan bayaran IR20000 mencari penginapan Park Hotel kawasan Selantan Tehran dan berdekatan dengan Tehran Bazaar.Kadar sewa hotel US20.Kami lena jam 2.00 pagi.

 
 Saliran Air Tengah Bandar Esfaham        Bersama Keluarga Iran di Taman

20hb.Dis 2001 Tehran/Orumiyeh
Selepas sarapan pagi kami keluar ke bazaar untuk melihat aktiviti perniagaan dan keadaan sekitar.Karpet Iran sangat cantik dan harga bermacam-macam.Teringin juga nak beli tapi perjalanan kami masih jauh.Keluar dari hotel jam 11pagi terus ke stesen bas untuk ke Tabriz.Tambang bas ke Tabriz untuk dua orang IR34600 lebih kuran RM16 untuk perjalanan sejauh 10 jam.Sebelum ke stesen kami ke  Azadi Square untuk melihat tanda merchu Tehran. Bas bertolak 2.30 petang bersama 6.30 petang di Malaysia.Kami sahaja berdua orang Malaysia. Singgah di Zahjan 294 km dari Tehran.Perjalanan malan sunggoh sejuk bagai sampai ke tulang hitam tambah pula bas kami bocor cermin udara sejuk masuk ke dalam       

 
       Makam Suhada Iran Tentera Iran                               Kereta Kuda di Esafam

21hb.Dis 2001 Orumiyeh Maku / Bazargan
Kami terlena sepatut kami berhenti di bandar Tabriz iaitu bandar terbesar di sebelah utara Iran.Kami di kejutkan oleh pembandu bas maklum kami dah sampai di bandar terakhir iaitu Orumiyeh sempadan Turkey lebih kurang 55km lagi.7 pagi selepas sarapan kami berolak ke Maku dengan bas 5 jam perjalanan.12 tengan hari sampai di Maku.Kami sambong perjalanan dengan teksi ke Bazangan.Tengah jalankami berhenti untuk bergambar dengan
dua gunong berkembar iaitu gunong Ararat.Di katakan  di atas gunong ini lah bahtera nabi tersadai.Kami bermalam di hotel Jafarpour kadar bayaran nya semalam IR30,000.Sejuk sunggoh waktu malam.
 

 
      Bersama penggembara Korea di Esfaham                          Belakang ST-O-Seh-Bridge

22hb.Dis 2001 Bazangan / Gubulak / Dogubayazit /Erzurum
Bazangan adalah bandar sempadan sebelah Iran.Sementra Gubulak ada lah bandar terakhir Turkey ke Iran.Kami masuk Turkey. Kami akan cerita di laman Turkey.
 

 

 

_________________________________________________________

 

 

 

 

 

 

 

   

Serangan Trip
Cili Kulai 910 Berumur 7 minggu

Kategori produk

Peralatan Fertigasi

Peralatan Paip

Peralatan Penyukat

Benih dan Semaian

Baja

Timer

INFO FERTIGASI

JENIS DAN KAWALAN MAKHLUK PEROSAK TANAMAN

JENIS DAN KAWALAN PENYAKIT

PEMASARAN DAN PEMBUNGKUSAN

PENGANGKUTAN